6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang kian ketara susulan prestasi perdagangan Malaysia yang naik 28.6 peratus tahun ke tahun dan mencecah rekod RM336.73 bilion pada April 2026.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila sentimen risiko global yang lemah menjejaskan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat 28.6 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM336.73 bilion pada April 2026, dipacu terutamanya oleh eksport kukuh produk elektrik dan elektronik (E&E), menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.
7hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 19 Mei (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd serta Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sabah baru-baru ini bersama-sama menganjurkan sesi libat urus untuk membincangkan isu operasi berkaitan pelesenan, permit dan pematuhan peraturan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Isnin, apabila tekanan jualan merebak merentas saham wajaran tinggi indeks utama susulan sentimen pelabur serantau yang berhati-hati serta minat risiko global yang hambar.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 May (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.6 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan permintaan domestik kekal menjadi tunjang kepada pengembangan itu.
10hari ago
PENAMPANG, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat perkapalan bersetuju untuk menangguhkan cadangan pelaksanaan surcaj kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) susulan siri libat urus dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).
11hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
LABUAN, 15 Mei (Bernama) -- Konflik yang belum selesai melibatkan Iran dijangka memacu aktiviti penggerudian minyak yang lebih aktif di perairan Sabah, kata Pengerusi Biro Minyak dan Gas Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Masnawi Nawe.
12hari ago
ISKANDAR PUTERI, 13 Mei (Bernama) -- Johor semakin dilihat sebagai pintu masuk strategik ke ASEAN apabila Jerman berusaha untuk mempelbagaikan rantaian bekalan global dan mengembangkan perkongsian pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di tengah-tengah krisis rantaian bekalan global serta konflik di Asia Barat.