2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (MPIC) menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada penjenteraan dan automasi bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja untuk industri minyak sawit.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Harga purata minyak sawit mentah (MSM) melonjak 9.7 peratus kepada RM4,179.50 satu tan tahun lepas daripada RM3,809.50 satu tan pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2bulan ago
LONDON, 14 Jan (Bernama) – Produk Malaysia khususnya minyak sawit dijangka mendapat manfaat daripada akses bebas tarif di United Kingdom (UK) di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
2bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjadikan Pakistan sebagai hab pengedaran strategik bagi eksport minyak sawit ke Asia Tengah dengan memanfaatkan lokasi strategik serta berhampiran dengan pasaran pertumbuhan tinggi yang pesat berkembang.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini untuk merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi, yang dijadualkan pada 11 Januari.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) perlu bertindak aktif merangka pelan strategik bagi menangani cabaran peraturan berterusan yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
4bulan ago
KAJANG, 25 Nov (Bernama) -- Industri koko Malaysia telah mencatatkan jumlah hasil eksport sebanyak RM8.87 bilion setakat Ogos 2024, mewakili 98 peratus daripada sasaran RM9 bilion bagi tahun itu, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.