Terdapat 44 berita berdasarkan kata kunci carian " peluasan skop"

Kerajaan Tidak Teruskan Pelaksanaan Cukai HVGT - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

SST: FMM Perak Harap Lebih Banyak Sesi Libat Urus Beri Kefahaman

IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Perak berharap lebih banyak sesi libat urus diadakan bagi memberikan penjelasan berterusan kepada penggiat industri berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada 1 Julai lepas.

Penganalisis Unjur Kadar Inflasi Malaysia 2.0-2.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Ekonomi Malaysia Diunjur Terus Stabil Pada Separuh Kedua 2025 Dipacu Projek Mega

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.

Semakan SST Tidak Wajar Dijadikan Alasan Naikkan Kadar Hotel - MOF

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar bilik hotel.

Semakan SST Tidak Wajar Dijadikan Alasan Kenaikan Kadar Hotel - MoF

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menaikkan kadar bilik hotel.

MOF Umum Kemudahan Kepada Industri Dalam Tempoh Peralihan Perubahan SST

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) bersetuju memberi kemudahan kepada pihak industri dalam tempoh peralihan perubahan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) susulan maklum balas kesukaran mematuhi semua keperluan operasi.

Peluasan Skop SST Dapat Kawal Impak Berganda Harga Barangan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dapat mengawal impak berganda terhadap semua barangan berikutan pelaksanaannya secara bersasar dan tidak menyeluruh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Selepas Epal Dan Oren, MoF Umum Khidmat Kecantikan Dikecualikan Peluasan Cukai Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan selepas meneliti sentimen awam, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan skop Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, rawatan wajah serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut.

Peluasan SST: Import Epal, Oren Dikecuali Cukai - PM Anwar

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Pantau Secara Teliti Kesan Potensi Berikutan Ketegangan Geopolitik Berterusan - Johan 

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang memantau dengan teliti situasi geopolitik semasa dan potensi kesannya terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Permohonan Pendaftaran Baharu Skop Cukai Perkhidmatan & Kadar Cukai Jualan Dibuka Mulai 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.