Terdapat 387 berita berdasarkan kata kunci carian " pematuhan"

Hampir 1 Bilion e-Invois Dikeluarkan Setakat 4 Feb – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sekitar 981 juta e-Invois telah dikeluarkan setakat 4 Feb 2026, menunjukkan penggunaan sistem berkenaan secara meluas dalam kalangan pembayar cukai di seluruh negara.

Malaysia Bersedia Jadi Hab Perdagangan Emas Fizikal Global - MGA

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi kukuh untuk muncul sebagai hab perdagangan emas fizikal global, disokong oleh persekitaran dasar mesra perniagaan, ekosistem industri bersepadu dan Prinsip Industri Emas Malaysia (MGIP) yang akan datang.

MITI Bakal Laksana Kerangka Insentif Baharu Bermula Mac 2026

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

LVG Catat Hasil Tambahan RM817 Juta Pada 2025

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Barangan Bernilai Rendah (LVG)  mencatat kutipan hasil tambahan sebanyak RM817 juta pada 2025, meningkat daripada RM476 juta pada 2024 sejak pelaksanaannya, kata Kementerian Kewangan.

ART Tidak Ubah Hala Tuju Dasar Nuklear Negara - PETRA

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak mengubah hala tuju dasar nuklear negara, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Stesen Janakuasa Baharu Labuan Bakal Perkukuh Bekalan Tenaga, Tingkat Keyakinan Pelabur

LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.

Kerajaan Diminta Perhalusi Nilai Ambang e-Invois Bagi Peniaga Mikro

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan diminta memperhalusi nilai ambang pelaksanaan e-invois bagi syarikat dengan nilai jualan antara RM1 juta hingga RM5 juta bagi mengelakkan beban pematuhan yang berlebihan ke atas peniaga kecil dan mikro.

Keselamatan Data Digital, Fizikal Perlu Disepadu Kurangkan Risiko Pelanggaran Data — ManageEngine

Daripada Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

CHENNAI, 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlu mengintegrasikan data keselamatan digital dan fizikal seperti sistem biometrik ke dalam satu platform pemantauan berpusat bagi mengurangkan risiko pelanggaran data, kata penyedia perisian pengurusan teknologi maklumat (IT), ManageEngine.

Sandbox Fasa Kedua MyDigital ID Libatkan 18 Institusi Perbankan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 18 institusi perbankan mengesahkan penyertaan dalam Sandbox Fasa Kedua menerusi pelaksanaan integrasi MyDigital ID dalam sektor kewangan secara berperingkat dan tersusun, selari dengan amalan terbaik antarabangsa.

Manforce Dapat Kelulusan Penyenaraian Ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Manforce Group Bhd telah mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Strategi Diplomasi Perdagangan Dilaksanakan Bagi Tangani Diskriminasi - Noraini

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi. 

HDC, MARA, RISDA Meterai MoU, MoC Perkukuh Ekosistem Industri Halal Negara

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Bhd (HDC) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan usahawan, khususnya usahawan wanita dalam ekosistem industri halal negara.