Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " rangkaian 5g kedua"

Straits Mobile Investment Bersetuju Kurangkan Pegangan Saham Dalam U Mobile Kepada 20 Peratus

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus, sekali gus meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.

Rangkaian 5G Kedua Malaysia Dijangka Dorong IIoT, Sektor Lebar Jalur Tinggi - BMI

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions melihat potensi rangkaian 5G kedua Malaysia berperanan sebagai penyedia kesalinghubungan khusus terutama dalam menyokong aplikasi Internet Kebendaan Perindustrian (IIoT).

U Mobile Dipilih Penyedia 5G Rangkaian Kedua Berdasarkan Gabungan Beberapa Faktor - MCMC

PUTRAJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Pemilihan U Mobile Tingkat Saingan Sektor Telekomunikasi Malaysia - Penganalisis

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara dilihat akan memberikan saingan yang lebih sihat dan merapatkan jurang antara pemain utama di negara ini, sekali gus mewujudkan landskap yang lebih saksama dalam sektor telekomunikasi negara.

Maxis Mahu Libat Urus Dengan MCMC, Pertimbang Pilihan Susulan Keputusan 5G Kedua

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Maxis Bhd berhasrat menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkan baru-baru ini.

TM Sokong Keputusan Rangkaian 5G Kedua, Komited Terhadap Pertumbuhan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Telekom Malaysia Bhd (TM) menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan berkaitan rangkaian 5G kedua baru-baru ini, selain menegaskan komitmen syarikat untuk meningkatkan manfaat teknologi 5G bagi rakyat, perniagaan serta negara.

CelcomDigi Komited Dalam Transformasi Negara Ke Arah Masyarakat Digital Dikuasakan AI 5G

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- CelcomDigi kekal komited terhadap kemampanan industri dan memacu transformasi negara menuju masyarakat digital yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) 5G.

U Mobile Akan Kurangkan Pegangan Saham Majoriti Asing Kepada 20 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, yang terpilih melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia akan mengurangkan pegangan saham majoriti asingnya kepada 20 peratus bagi memastikan penguasaan Malaysia lebih besar dan menyeru penyertaan daripada pelabur tempatan.

Rangkaian 5G Kedua Malaysia Dilaksana Oleh U Mobile Sdn Bhd

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).