BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " tempoh perkhidmatan"

Khidmat Reezal Merican Sebagai Pengerusi MATRADE Disambung Untuk Tempoh Dua Tahun Lagi

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan terus memegang tanggungjawab sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk tempoh dua tahun lagi, bermula 18 April 2025. 

PETRA Komited Teroka Kaedah Kurang Pelepasan Karbon Dalam Penghasilan Elektrik

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited untuk memastikan Malaysia terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik termasuk potensi pelaksanaan ‘mothballing’ dan ‘co-firing’ serta meneroka sumber tenaga lebih bersih dan boleh diperbaharui untuk penghasilan elektrik.

Lembaga Pengarah Bebas MAHB Letak Jawatan Berkuat Kuasa Pada Tarikh Penyahsenaraian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kesemua lima pengarah bebas bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukakan peletakan jawatan mereka susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia berikutan pengambilalihan oleh Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).

MNRB Lantik Wan Ahmad Najib Sebagai Presiden, CEO Takaful Ikhlas Family

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu anak syarikat takaful keluarganya,  Takaful Ikhlas Family Bhd berkuat kuasa 14 Jan, 2025.

Wan Mohd Fadzmi Tamat Tempoh Perkhidmatan Sebagai Pengerusi Labuan FSA

LABUAN, 3 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) hari ini mengumumkan Datuk Wan Mohd Fadzmi Che Wan Othman Fadzilah telah menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Labuan FSA pada 31 Dis, 2024.

MEF Lantik Sheikh Farouk Sebagai Ketua Eksekutif Berkuat Kuasa 1 Januari 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.

MNRB Lantik Rudy Rodzila Sebagai Presiden Sementara Dan CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd melantik Datuk Rudy Rodzila Che Lamin sebagai Presiden Sementara dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 23 Nov, 2024.

Sarawak Energy Lantik Ibrahim Baki Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 1 Oktober

KUCHING, 3 Okt (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Satok dari Gabungan Parti Sarawak Datuk Ibrahim Baki sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Oktober lepas.

Kemudi MIDA Redah Cabaran, Sulaiman Mahbob Tinggal Legasi Dalam Landskap Pelaburan Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.

Peletakan Jawatan Juruaudit Luar Amalan Tadbir Urus Rutin - Bina Darulaman

ALOR SETAR, 19 Sept (Bernama) -- Bina Darulaman Bhd hari ini menjelaskan peletakan jawatan juruaudit luarnya, KPMG PLT, yang berkuat kuasa 9 Sept, 2024, adalah sebahagian daripada amalan tadbir urus rutin.