Terdapat 509 berita berdasarkan kata kunci carian " tengah hari"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Saham Perbankan Dan Perindustrian

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terutamanya kaunter produk perbankan dan perindustrian, dalam persekitaran sentimen yang lebih baik susulan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran yang diperbaharui.

Prospek Ringgit Teguh, Dijangka Uji Semula Paras 3.88 Susulan Aliran Masuk Dana Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Dipacu Belian Berterusan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.

Ringgit Terus Catat Kenaikan, Tumpuan Pada Anggaran Awal KDNK

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikannya berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh sentimen domestik yang lebih baik apabila pasaran menantikan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 pada tengah hari ini, berpotensi terus menyokong mata wang tempatan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.

PM Australia Albanese Lawat Malaysia Pada 15-17 April, Fokus Kepada Keselamatan Tenaga

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dijadualkan melawat Malaysia dari 15 hingga 17 April, yang menjadi antara usaha Malaysia untuk menguruskan risiko keselamatan tenaga dalam tempoh ketidaktentuan global yang berterusan, termasuk konflik di Asia Barat dan gangguan yang menjejaskan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari, menjejaki pasaran serantau yang lebih kukuh apabila sentimen bertambah baik didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham kewangan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan penurunan di pasaran serantau berikutan sentimen kekal tidak menentu di sebalik perkembangan semasa di Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Selari Dengan Kenaikan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selari dengan kenaikan pasaran emas di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).