3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan kejatuhan ketara harga emas global semalaman apabila pelabur mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada November, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 4 September, 2025.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) mencadangkan terbit program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) (Program Sukuk Wakalah Merdeka) dengan nilai nominal sehingga RM6 bilion.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) telah mencadangkan penerbitan program sukuk subordinat bahagian kedua sehingga RM1 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip shariah wakalah bi al-istithmar.
6bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dirangka berasaskan objektif teras kerangka Ekonomi MADANI sambil mengekalkan fleksibiliti bagi mengharungi ketidaktentuan di dalam dan luar negara sepanjang lima tahun akan datang, kata seorang ahli ekonomi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran sedang menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah fiskal pada minggu ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan inisiatif yang bakal diumumkan sebagai "penghargaan luar biasa" bagi meringankan tekanan kos sara hidup, kata CIMB Investment Bank Bhd.