9hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk melancarkan adunan biodiesel B15 merupakan satu langkah strategik memandangkan bahan mentah yang lebih murah mampu melemahkan paras inflasi domestik dan mengurangkan kos fiskal, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Perbelanjaan bulanan subsidi bahan api Malaysia meningkat setinggi RM7.5 bilion pada satu ketika dalam bulan April, apabila ketegangan Asia Barat melonjakkan harga minyak global dan menambah kebimbangan mengenai bekalan tenaga, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Corporation Bhd (YTL Corp) susut kepada RM325.99 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM432.63 juta pada suku sama tahun kewangan 2025.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- QL Resources Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM450.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (TK2026) berbanding RM455.08 juta bagi tempoh sama 2025.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank-bank di Malaysia dan beberapa ekonomi Asia Pasifik (APAC) dijangka kurang terjejas oleh kenaikan harga tenaga, menurut Moody's Ratings.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Rantaian logistik sektor agrikomoditi negara akan ditambah baik melalui kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), susulan impak krisis bekalan global terhadap sektor berkenaan.
29hari ago
SHAH ALAM, 22 Mei (Bernama) -- Sektor aeroangkasa, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembuatan di Malaysia menggaji lebih 35,000 pekerja berkemahiran tinggi pada 2025, melebihi sasaran awal iaitu lebih 30,000 pekerja menjelang 2030 yang ditetapkan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030.
29hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Inisiatif Johor Super Lane (JSL), mekanisme laluan pantas yang berjaya mengurangkan tempoh pengoperasian projek industri kepada hanya 11 bulan, dijangka menjadi antara tunjang utama kerajaan negeri dalam mencapai sasaran pelaburan RM140 bilion tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Lima subsektor pembuatan telah dikenal pasti paling terkesan berikutan impak krisis tenaga dan gangguan bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.