BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Terengganu FC 5-0 UM-Damansara United | 

Terdapat 534 berita berdasarkan kata kunci carian " peruntukan"

Langkah Sokongan Fiskal Terkini Beri Impak Positif Kepada Sektor Pengguna - CIMB Securities  

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Langkah-langkah sokongan fiskal terkini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengukuhkan sektor pengguna di Malaysia dengan menggalakkan perbelanjaan dalam tempoh jangka pendek terutamanya bagi barangan keperluan dan runcit berasaskan nilai, menurut CIMB Securities Sdn Bhd. 

Langkah Fiskal Baharu Kerajaan Tumpu Kebimbangan Rakyat - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.

Sejumlah RM4 Bilion Disalurkan Untuk STR Fasa 1 Dan 2 - MOF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada US$120.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025.

Tarif: IPA Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Pastikan Industri Tempatan Tidak Terjejas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS).

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.

CAAM Ambil Alih Fungsi Kawal Selia Mavcom Mulai 1 Ogos Depan

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mengambil alih fungsi kawal selia Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Malaysia Sedia Jadi Hab Penjagaan Kesihatan Utama - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Malaysia sudah bersedia untuk menjadi hab penjagaan kesihatan utama, dipacu oleh penjagaan berkualiti, teknologi semakin maju dan pertumbuhan sektor hospitaliti, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Camaroe Dapat Kelulusan Bursa Untuk Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan akuakultur bersepadu, Camaroe Bhd, telah menerima kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

MITI Belum Temui Bukti Penyeludupan Cip - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tidak menemui sebarang bukti insiden berkaitan penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Permit Dagangan Cip AI Bukti Komitmen Patuh, Kredibiliti Malaysia -- Presiden Msia

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Penguatkuasaan permit perdagangan ke atas cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan semalam, hanya mengukuhkan lagi komitmen Malaysia sebagai sebuah hab yang diyakini dalam mengurus eksport, penghantaran dan transit teknologi maju.

Keperluan Permit Perdagangan Cip AI Mencerminkan Komitmen Malaysia Terhadap Transparensi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Keperluan permit perdagangan untuk kecerdasan buatan (AI) Amerika Syarikat (AS) menandakan komitmen Malaysia terhadap ketelusan dan piawaian global selain bertujuan mengekang kegiatan pelanggaran undang-undang dalam ekosistem AI.