BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 382 berita berdasarkan kata kunci carian " dewan rakyat"

Dewan Rakyat Lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025

KUALA LUMPUR, Mac 3 (Bernama) -- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan berjumlah RM20,191,299,500 daripada Kumpulan Wang Disatukan.

HALMAS Catat Pelaburan Terkumpul RM16.75 Bilion Bagi Tempoh 2012-2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sebanyak 841.18 hektar atau 15.3 peratus daripada keseluruhan keluasan Taman Industri Halal berstatus HALMAS (Halal Malaysia) di seluruh negara mencatatkan pelaburan terkumpul RM16.75 bilion bagi tempoh 2012 hingga 2024.

Tiada Cadangan Naikkan Paras Harga Pengaktifan IPG Melebihi RM3 Sekilogram - KPK

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) pada masa ini tidak bercadang untuk menaikkan kadar atau Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melebihi RM3 sekilogram.

Pelaburan Domestik GLIC Perkukuh Ekonomi, Berdaya Tahan Terhadap Kesan Luar

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Usaha pelaburan domestik strategik oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kian penting selain berperanan memperkukuh ekonomi negara serta menjadi daya tahan terhadap kesan luar.

Pengeluaran Getah Asli Negara Catat 386,512 Tan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli negara mencatatkan sebanyak 386,512 tan pada 2024, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Chan Foong Hin.

Hutang Isi Rumah RM1.63 Trilion, Aset Kewangan RM3.4 Trilion Setakat Akhir Disember 2024

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kajian Pertimbang Kebolehlaksanaan Pelaporan Terperinci Insurans Perubatan Akan Dilaksana

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kajian lebih mendalam akan dijalankan bagi mempertimbangkan kebolehlaksanaan pelaporan terperinci keuntungan dan kerugian setiap polisi insurans perubatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 Dibentang Untuk Bacaan Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Inventori Terlebih Nyata, Perbelanjaan Terkurang Nyata PR1MA RM42.18 Juta - LKAN

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.

Malaysia Sasar Capai Sifar Eksport MSM, Tingkat Keluaran Produk Hiliran - Johari Ghani

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhasrat untuk memastikan Malaysia dapat mencapai sifar eksport minyak sawit mentah (MSM) pada masa depan melalui usaha memperbanyakkan pengeluaran produk hiliran.

RM643 Juta Diperlukan Bangun Infrastruktur Adunan Biodiesel B20 - Johari

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sejumlah RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 sebagai pengganti B10 dan memperluas penggunaannya ke seluruh negara.

Kerajaan Sarawak Sedia Bincang Skop Kerjasama Petros-petronas - Abang Johari

KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.