3bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran penurunan harga minyak soya selepas Argentina memansuhkan cukai eksport bijirin.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat.
3bulan ago
SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, dengan Malaysia selaku pengerusi, melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh integrasi serantau menerusi penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) yang berlangsung minggu ini.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia mengorak langkah baharu dengan menembusi pasaran Asia Tengah apabila francais tempatan dibawa ke Kazakhstan sebagai gerbang strategik ke Eurasia.
3bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang berterusan, ASEAN terus mengekalkan kekuatan uniknya dengan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang besar khususnya dalam sektor seperti pendigitalan, tenaga lestari, pembuatan bernilai tinggi dan perkhidmatan kewangan.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN, di bawah kepengerusian Malaysia, melangkah setapak lagi dalam usaha memperkukuh integrasi serantau dengan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 (AEM) yang berlangsung minggu ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.
3bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kehadiran Jepun di Asia Tenggara terus berperanan penting dalam menyeimbangkan persaingan kuasa besar ketika negara ASEAN mempelbagaikan pasarannya, sekali gus menjadikan Jepun sebagai rakan pembiayaan jangka masa panjang yang boleh dipercayai dan sebuah pasaran strategik.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pakar menggesa agar perkongsian ekonomi ASEAN dengan Korea Selatan yang menjadi rakan dialog blok itu pada 1991, diperluas dan melangkaui kerangka tradisional dalam senario realiti geopolitik dan ekonomi masa kini, termasuk membabitkan aspek keselamatan serta kestabilan jangka panjang.
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Peranan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dalam menggalakkan perdagangan dan pelaburan di Asia Tenggara, serta mengukuh integrasi menerusi kesalingbergantungan penting untuk kelangsungan ekonominya di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global.