Terdapat 665 berita berdasarkan kata kunci carian " pencapaian"

KLIA Capai Standard Global Kecekapan Pelepasan Dengan Tambah Baik Ruang Udara - CAAM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mencapai kecekapan pelepasan selaras dengan piawaian global selepas pelaksanaan penambahbaikan ruang udara, pencapaian penting dalam keupayaan pengurusan trafik udara Malaysia.

MBW Innexus Industrial City Cipta 37,000 Pekerjaan, GDV RM2 Bilion – Tengku Zafrul

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) – Projek MBW Innexus Industrial City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai peringkat kemahiran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pengurusan Kewangan Negara Mesti Dilaksana Berhemah Selaras Semangat FRA - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 19 (Ogos) -- Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

UMC Tingkat Kapasiti Keluaran, Lancar Kemudahan Baharu Di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- UMediC Group Bhd (UMC) telah menggandakan kapasiti pengeluarannya susulan pengembangan operasinya di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. 

Felcra Catat Untung Boleh Agih RM178 Juta Bagi Projek P&P Januari Hingga April 2025 - TPM Zahid

PASIR SALAK, 17 Ogos (Bernama) -- Felcra Bhd mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM178 juta bagi Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) dari Januari hingga April 2025, menunjukkan peningkatan daripada prestasi tahun sebelumnya.

Aplikasi e-Panggil Inovasi Tempatan Pertama Sabah Borneo VeGO Dilancarkan

Oleh Jailani Hasan

KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Aplikasi e-panggil pertama Sabah yang dibangunkan secara tempatan, Borneo VeGO E-Pengangkutan (Borneo VeGO), kini dilancarkan secara rasmi, menandakan pencapaian baharu dalam usaha negeri ini ke arah inovasi digital dan keusahawanan dipacu komuniti.

Pulau Pangkor Sumbang Lebih RM42 Juta Pendaratan Ikan Bilis Tahun Lepas

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Pulau Pangkor muncul sebagai penyumbang terbesar hasil pendaratan ikan bilis di Perak dengan 2,844.44 tan metrik bernilai RM42.67 juta pada 2024.

DEA2025 Utamakan AI, Evolusi Hijau Dalam Usaha Ekonomi Digital Sarawak

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2025 (DEA2025), yang akan mengiktiraf pencapaian dalam tujuh kategori kecemerlangan digital, kini dibuka untuk penyertaan.

AMD Perluas R&D Di Pulau Pinang, Perkukuh Ekosistem Semikonduktor

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Kemudahan pejabat dan makmal kejuruteraan terbaharu Advanced Micro Devices Inc (AMD) yang tersenarai di Nasdaq (Bursa Saham Amerika Syarikat) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, menggariskan komitmen syarikat itu untuk mengembangkan perkhidmatan perniagaan global dan operasi kejuruteraan di Malaysia.

AIA Public Takaful Lantik Mohd Asri Sebagai CEO Berkuat Kuasa 11 Ogos

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- AIA Public Takaful Bhd mengumumkan pelantikan Mohd Asri Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa 11 Ogos, 2025.

Yinson Production Mulakan Pajakan 15 Tahun Untuk FPSO Agogo Di Angola

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd melalui unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) iaitu Yinson Production, telah memulakan pajakan tetap selama 15 tahun untuk FPSO Agogo berikutan pengeluaran Sijil Kesediaan Operasi Sementara (PORC) pada 12 Ogos, 2025.

ATR Sedia Bantu Malaysia Capai Matlamat Penerbangan Hijau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pengeluar pesawat turboprop Perancis-Itali, ATR bersedia membantu Malaysia dan pengendali ASEAN lain dalam usaha mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar peranan syarikat itu yang terus menjadi peneraju operasi lestari sektor penerbangan serantau.