1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia dan Uzbekistan digesa menjalin kerjasama baharu bagi merebut peluang sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Keputusan kerajaan menetapkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing pada kadar dua peratus berbanding cadangan asal 12 peratus, dapat membantu majikan mengurangkan perbelanjaan gaji atau upah secara menyeluruh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan melihat prospek meyakinkan untuk membangunkan zon perindustrian bersama di negara Asia tengah itu.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia harus mengambil pendekatan proaktif untuk mengurangkan risiko dan memanfaatkan peluang yang muncul apabila landskap perdagangan global berubah disebabkan oleh kenaikan tarif import dilaksanakan Amerika Syarikat, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyemak semula margin lambakan untuk dua pengeluar atau pengeksport dari China berkenaan dengan import dawai keluli berlembar untuk konkrit prategasan yang berasal atau dieksport dari republik itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia perlu beralih kepada produk bernilai tinggi seperti oleokimia dan biodiesel, dan bukan sekadar bergantung kepada eksport minyak mentah tanpa strategi nilai tambah yang kukuh.