1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menunjukkan pertumbuhan permintaan tahunan yang kukuh pada Ogos 2024, dengan tan kargo bagi setiap kilometer (CTK) meningkat 11.4 peratus berbanding Ogos 2023, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global, diukur berdasarkan perolehan daripada kilometer yang dilalui penumpang (RPK), meningkat 8.6 peratus tahun ke tahun pada Ogos 2024 daripada catatan Ogos 2023, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, dipacu aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan harga baru-baru ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah pada Khamis berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan mata wang itu yang didorong oleh ketidaktentuan yang memuncak dalam geopolitik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi rantau Asia Tenggara bagi 2024 kepada 4.2 peratus, susut daripada 4.4 peratus pada Julai, berikutan semakan semula unjuran pertumbuhan China dan Vietnam.
1tahun ago
ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun sebanyak 1.9 peratus pada 2023 berbanding 7.8 peratus pada 2022, disebabkan terutamanya oleh penguncupan dalam sektor pertanian, perhutanan perikanan (-13.8 peratus).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan peningkatan ketegangan di Timur Tengah, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dicetuskan oleh peningkatan risiko geopolitik di Timur Tengah yang menyebabkan pelabur berminat terhadap komoditi itu.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak risiko geopolitik yang meruncing dan mencetuskan minat belian aset selamat seperti mata wang negara maju berkenaan.