4bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.
4bulan ago
TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi minggu ini berbanding mata wang serantau, tetapi menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole lewat hari ini, apabila peniaga menunggu isyarat mengenai dasar monetari AS.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan mata wang negara-negara serantau lain di tengah-tengah sentimen dagangan yang berhati-hati.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi pada Khamis berikutan dolar AS rendah selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh kekukuhan dolar AS dan peningkatan mengambil risiko berikutan ketegangan geopolitik baru-baru ini yang mula reda.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FMOC) AS lewat malam ini.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank) menjangkakan pertumbuhan pinjamannya seiring dengan kadar industri sebanyak empat peratus tahun ini, dipacu terutamanya oleh segmen perbankan perniagaan dan runcit, manakala pinjaman runcit dijangka kekal mendatar.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell di Simposium Jackson Hole pada Jumaat ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki isyarat positif daripada rundingan Amerika Syarikat (AS)-Ukraine, yang mengehadkan potensi kenaikan emas seterusnya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 (Ogos) -- Pengurusan kewangan negara mesti dilaksanakan secara berhemah dan berdisiplin, selaras dengan semangat Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.