Terdapat 3024 berita berdasarkan kata kunci carian " tempatan"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, kata penganalisis.

Malaysia Bersedia Selaras Dasar Selari Permintaan, Industri Baharu - PM Anwar

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan Dijangka Dibentang Tahun Depan - MOF

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit, di samping mata wang pesat membangun yang lain, terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketidaktentuan dasar  Trump 2.0 dan kesannya terhadap dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.

MATRADE Komited Sokong Pengembangan Perniagaan SPP Tempatan Ke Rantau Berpotensi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus komited menyokong pengembangan perniagaan syarikat peringkat pertengahan (SPP) tempatan ke rantau lain yang berpotensi termasuk Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Malaysia Harap Dapat Menyumbang Bagi Pembangunan Infra Pelabuhan Chancay, Peru - PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SOP Pengeluaran REE Mampu Kekang Ketirisan - Saarani

IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Syor mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE) merupakan langkah bagi mengekang ketirisan hasil negeri ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Malaysia Mahu Memastikan Industri CCUS Disegerakan Secepat Mungkin - Rafizi

PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) --  Ringgit susut berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kenaikan Indeks Dolar US (DXY) menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang pakar ekonomi.