7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad hari ini melancarkan Takaful ProAspire, pelan takaful keluarga yang menawarkan gabungan perlindungan dan simpanan bagi membolehkan peserta menerima pulangan tunai setiap tahun atau setiap tiga tahun sekali.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 11 Jun (Bernama) -- RHB Banking Group menerusi anak syarikatnya, RHB Islamic Bank Bhd (RHB Islamic) melancarkan inisiatif RHB MyTVETKPM, kad pintar pelbagai guna untuk pelajar institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan memperkenalkan pelan hala tuju baharu pada Oktober ini bagi menggantikan Pelan Tindakan Cebu, yang akan menetapkan keutamaan bagi Proses Menteri Kewangan (FMP) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melalui anak syarikat teknologi kewangannya, CGC Digital bekerjasama dengan platform pembiayaan rakan setara (P2P) B2B Finpal untuk melancarkan skim pembiayaan jangka pendek bagi menambah baik akses modal perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Usaha kerajaan untuk memperluaskan asas cukai dengan memasukkan lebih banyak sektor ke dalam rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah selaras dengan trend global dan mencerminkan pendekatan pragmatik terhadap kemampanan fiskal, menurut Institut Cukai Bertauliah Malaysia (CTIM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Industri halal yang pesat berkembang adalah antara sembilan sektor yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) -- Johor Port Bhd (Johor Port) telah memuktamadkan pembelian empat kren jenis level luffing bernilai RM72.3 juta dengan pembekal Sany Marine Heavy Industry Co Ltd.
7bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 5 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan satu lagi pencapaian penting pada Mei apabila mengendalikan kontena berjumlah 1.27 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) iaitu pencapaian tertinggi baharu bagi bulan ketiga berturut-turut.
7bulan ago
ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan HSBC Bank Malaysia Bhd mengukuhkan perkongsian melalui pelancaran EliteDiamond HSBC, pelan berkaitan pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perancangan warisan dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ascend Airways Malaysia, syarikat penerbangan baharu yang berpangkalan di Malaysia dan sebahagian daripada Avia Solutions Group, kini meneruskan langkah ke fasa ketiga iaitu proses permohonan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) dan menyasar untuk melancarkan operasi kargo pada November 2025.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- MTD Properties Sdn Bhd mengumumkan pelaburan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion bagi pembangunan perbandaran generasi akan datang (next-gen) di Kajang, Selangor dan Melaka, yang direka berteraskan kemampanan, inovasi dan kualiti.