7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan kepada Syarat Penyenaraian (LR) Pasaran Utama, Pasaran ACE dan Pasaran LEAP, termasuk pengemaskinian mengenai rangka kerja mekanisme penyelamatan korporat dan pengecualian transaksi pihak yang berkaitan.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, apabila tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih melembapkan sentimen, dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu digandingkan dengan kumpulan keluaran pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pakar penyelesaian jentera automasi, ASM Automation Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Bhd menjelang 2 Julai ini, berhasrat untuk mengumpulkan RM 21.82 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati di seluruh pasaran serantau.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir mendatar pada Isnin dengan indeks utama menyusut sedikit, terjejas ekoran aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter telekomunikasi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan permohonan FGV Holdings Bhd (FGV) untuk penggantungan dagangan sahamnya berkuat kuasa Isnin, 26 Mei bermula 9 pagi hingga 5 petang, sementara menunggu pengumuman penting.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencatatkan lantunan sederhana minggu depan susulan aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan selepas penurunan baru-baru ini.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan enam hari berturut-turut disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan sentimen mengelak risiko yang bertambah baik.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah semasa akhir sesi dagangan pagi pada Selasa berikutan ketiadaan petunjuk baharu.