Terdapat 454 berita berdasarkan kata kunci carian "perbankan"

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi sedikit selepas permulaan yang lembap pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam saham berwajaran tinggi didahului sektor produk pengguna, telekomunikasi dan perbankan.

Sektor Perbankan Asia Pasifik Kekal Berdaya Tahan Di Sebalik Risiko Tarif AS - Fitch Ratings

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) --  Fitch Ratings mengekalkan pandangan neutral untuk sektor perbankan merentas beberapa negara di Asia Pasifik (APAC) termasuk Malaysia dengan menyatakan bahawa ia lebih berdaya tahan terhadap tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi.

Bank Rakyat Umum Dividen 17 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2024, Raih Keuntungan RM1.82 Bilion

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 17 peratus berjumlah RM486.32 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024.

Pengambilan Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 April -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung ke atas beberapa saham berwajaran tinggi, terutamanya dalam sektor produk perindustrian, perbankan dan utiliti.

SAS Mahu Adaptasi Strategi Pengurusan Risiko & Pematuhan Rantau Lain Pacu Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Bank Rakyat Lantik Ahmad Shahril Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.

Maybank Perluas Akses Pembayaran QR Ke Kemboja Melalui Aplikasi MAE

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- pelanggan Maybank yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran runcit KhmerQR secara serta-merta melalui Aplikasi MAE, pada bila-bila masa dan di mana jua dengan kadar pertukaran yang rendah.

Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini. 

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Black Group Dari Singapura Ambil Alih LifeBank, Tingkatkan Penyelesaian Usia Sihat Dan Aktif

SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.