4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah sedikit, seiring prestasi serantau, berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Malaysia tegas dalam mempertahankan standard halalnya semasa rundingan berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat, dengan menyifatkan proses itu sebagai kompleks dan mencabar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Harga minyak bakal meraih manfaat daripada penurunan terkini kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka meningkatkan sentimen permintaan global, kata syarikat penyelidikan tenaga bebas, Rystad Energy.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah apabila tidak mengekalkan paras 1,600, diheret turun oleh jualan berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
4bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh gabungan faktor luaran termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu mengamalkan dasar yang lebih akomodatif, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah minggu depan, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah dalam minggu yang dipendekkan dengan cuti umum.
4bulan ago
KUCHING, 12 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak mengulangi komitmennya untuk menjadikan negeri itu sebagai hab serantau bagi pembuatan dan semikonduktor termaju, berteraskan tenaga boleh baharu, infrastruktur yang mantap dan pembangunan tenaga kerja.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia kepada sederhana kira-kira 2.0 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lepas.