9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh kelemahan mata wang Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketidaktentuan disebabkan perang perdagangan dan ketegangan akibat tarif AS, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) secara keseluruhannya masih tidak terkesan buat masa ini daripada potensi pendedahan kepada tarif Amerika Syarikat dan terus memantau kesan tidak langsungnya terhadap pelanggan dan permintaan pasaran eksport.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- MSB Global Group Bhd berkata tarif Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan minimum kepada operasi perniagaan syarikat berikutan rantaian bekalan dan tumpuan pasaran syarikat itu masih tertumpu terutamanya di Asia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi melindungi kepentingan ekonomi berikutan ketegangan berkaitan tarif balas AS yang semakin meningkat menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping bermula esok.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Keadaan dan asas ekonomi Malaysia masih terkawal, kukuh dan stabil berikutan pelaksanaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia masih dapat meneruskan aktiviti eksport komoditi ke Amerika Syarikat (AS) seperti biasa dalam tempoh 90 hari ini, susulan langkah penangguhan sementara tarif baharu yang dikenakan oleh negara itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengukuhkan hubungan diplomatiknya dengan rakan utama seperti Amerika Syarikat (AS), khususnya dalam perniagaan, pelaburan dan keselamatan untuk memastikan pertumbuhan mampan selain mengekalkan perdagangan yang adil dan seimbang.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga.
9bulan ago
KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$5.87 bilion (US$1 = RM4.41), diterajui oleh jualan yang tinggi di Korea Selatan dan India.