1tahun ago
TAWAU, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjalinkan kerjasama dengan 26 rakan strategik berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan digital bagi membantu usahawan desa mengadaptasi bidang itu melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- BlackBerry Ltd yang berpangkalan di Kanada menubuhkan ibu pejabat serantau Asia Pasifik (Apac) bagi bahagian keselamatan sibernya di Cyberjaya, yang kini beroperasi sepenuhnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Inisiatif seperti Strategi-5i dan rangka kerja Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) mewujudkan asas yang kukuh bagi kewangan mampan, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sorento Capital Bhd akan perluaskan operasi dalam pasaran pembinaan baharu dan pengubahsuaian dengan menyasarkan segmen bangunan tambahan termasuk rumah mampu milik, hotel dan bangunan pejabat susulan penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
1tahun ago
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- DHL Express meningkatkan pelaburannya di Malaysia dengan pembukaan kemudahan baharu Kuala Lumpur Gateway yang bernilai RM300 juta, sekali gus menjadikan pelaburan tempatan terbesar bagi syarikat setakat ini.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A. Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotai BRICS sebagai negara rakan memberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburan dan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan, menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) berminat untuk meneroka perkongsian perubahan iklim dengan Malaysia, menumpukan kepada bahan api penerbangan mampan (SAF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- SME Corp Malaysia telah melahirkan 763 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berupaya mencapai tanda aras kualiti tinggi sekali gus berjaya meraih Anugerah Enterprise 50 (E50).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta setakat 30 Sept lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) membentuk Jawatankuasa Pro Tem untuk menyelaraskan sumber dan rangka kerja operasi bagi menyokong penggabungan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC).
1tahun ago
KUANTAN, 25 Okt (Bernama) -- BASF Petronas Chemicals (BPC) melancarkan barisan pengeluaran asid 2-etilheksanoik (2-EHAcid) kedua di tapak bersepadunya di sini bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.