Terdapat 396 berita berdasarkan kata kunci carian " johor "

Haos Ek? Intai Pasaran Eksport, Sasar Di Senarai Di Bursa Malaysia Pada 2028

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Haos Bhd, syarikat yang mengeluarkan minuman jenama tempatan Haos Ek? kini sedang melebarkan sayap ke pasaran eksport selain berhasrat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2028.

Nilai Kerja Pembinaan Malaysia Capai 20.2 Peratus Pada 2024 Berjumlah RM158.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pantech Global Dijangka Tidak Terjejas Oleh Tarif Import Keluli, Aluminium AS

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.

Permintaan Tenaga Buruh Meningkat 70.4 Peratus, Kadar Pengangguran Turun 3.3 Peratus Pada 2024 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.

LuMIC : Visi 25 Tahun Pacu Ekonomi Perak, Perkukuh Sektor Pelabuhan Negara

Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin

LUMUT, 10 Feb  (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.

IPO TechStore Terlebih Langgan 96.66 Kali

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) perusahaan, TechStore Bhd telah terlebih langgan sebanyak 96.66 kali sebelum ia disenaraikan pada Pasaran ACE Bursa Malaysia oleh pelabur runcit.

Kemunculan Teknologi AI Baharu Mampu Jadikan Malaysia Hab Pusat Data Neutral - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang baharu seperti DeepSeek mampu mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap satu produk sahaja, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Northern Solar Sasar Pertumbuhan Hasil 20 Peratus Bagi Tahun Kewangan 2025

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menyasar pertumbuhan hasil meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripada RM77.97 juta pada tahun sebelumnya.

Menteri Ekonomi ASEAN Bakal Sahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi Pada Permukiman Akan Datang

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) bersedia untuk mengesahkan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) pada Permukiman AEM yang akan datang di Johor pada akhir Februari, bertujuan memacu integrasi ekonomi serantau, keterangkuman, kemampanan dan perdagangan digital.

CapitaLand Malaysia Trust Beli Tiga Hartanah Perindustrian Di Johor Pada Harga Tunai RM72 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) menandatangani perjanjian untuk memperoleh tiga hartanah perindustrian pegangan bebas di Johor daripada anak syarikat Gromutual Bhd, Rainbow Entity Sdn Bhd (RESB) pada harga tunai RM72 juta.

Malaysia Di Kedudukan Baik Dengan Pusat Data Tersedia AI - Juwai IQI

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk dunia yang mana kecerdasan buatan (AI) mendominasi pembangunan pusat data memandangkan tidak semua pusat data sesuai untuk menyokong ledakan AI yang akan datang, kata agensi hartanah global Juwai IQI.