6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Khamis didorong minat belian yang muncul, menjejaki petunjuk daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, didagang di bawah paras 1,520 kerana pelabur kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) kekal optimis terhadap sektor hartanah berdasarkan minat belian yang baik pada separuh kedua 2025 dengan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura terus menjadi pemangkin kepada sektor tersebut.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Rabu berikutan prestasi semalaman Wall Street.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan pergerakan kurang memberangsangkan dalam dagangan tengah hari ini ketika pelabur terus meneliti impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagang utama negara itu di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd meyakini pusat data tidak akan terjejas susulan arahan terbaharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai cip kecerdasan buatan (AI).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kadar penggunaan yang berdaya tahan dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia di sebalik ketegangan perdagangan global serta ketidakpastian geopolitik, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ASEAN-6 dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada 2025 dan 2026 berbanding 4.9 peratus dalam 2024, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada 2.75 peratus daripada 3.0 peratus berpotensi mengurangkan nisbah khidmat hutang isi rumah sekali gus memberikan kelegaan dari segi pendapatan boleh guna, menurut GX Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025).