Terdapat 688 berita berdasarkan kata kunci carian " berakhir "

KWSP Catat Jumlah Pelaburan RM18.31 Bilion Bagi Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.

Institusi Tempatan Terus Beli Dengan Aliran Masuk Bersih RM876.5 Juta Minggu Lepas - MIDF

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan rentetan belian selama dua minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM876.5 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih mereka setakat ini bagi 2025 berjumlah RM8.78 bilion.

Master Tec Cadang Pindah Ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Master Tec Group Bhd bercadang memindahkan penyenaraiannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia dalam tempoh kurang daripada dua tahun selepas penampilan sulung syarikat itu di Pasaran ACE pada Januari 2024.

Untung Bersih Mah Sing Bagi Suku Pertama 2025 Melonjak Kepada RM66.04 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd mencatatkan lonjakan keuntungan bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 kepada RM66.04 juta berbanding RM60.05 juta bagi suku pertama 2024, disokong oleh prestasi kukuh dalam segmen pembangunan hartanah.

Untung Bersih Bank Islam Turun Kepada RM126.27 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih RM126.27 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, turun 3.53 peratus daripada RM130.73 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.

CIMB Catat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM1.97 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd meningkat 9.6 peratus kepada RM1.97 bilion pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berbanding RM1.94 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mahkamah Tangguhkan Sekatan Ke Atas Tarif Era Trump

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh keyakinan pelabur yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas sebuah mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara keputusan untuk menyekat sebahagian besar tarif import era Trump, kata penganalisis.

KPJ Healthcare Raih Untung Bersih RM57.1 Juta Bagi Suku Pertama TK2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih RM57.1 juta bagi tempoh suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) daripada RM71.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Ketiga Padini Naik Kepada RM71.97 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Padini Holdings Bhd meningkat kepada RM71.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mac, 2025 (S3 TK2025) daripada RM40.52 juta pada tempoh sama tahun lalu, didorong oleh peningkatan dalam margin keuntungan kasarnya.

Untung Bersih Suku Pertama IHH Healthcare Susut Kepada RM514 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd menyusut kepada RM514 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM768 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelum itu.

UEM Edgenta Raih Nilai Perolehan Kontrak RM1.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.

AirAsia X Catat Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM50.21 Juta Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM50.21 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025 daripada RM80.11 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.