Terdapat 3743 berita berdasarkan kata kunci carian " global"

MALAYSIA PERCEPAT PERTUMBUHAN EV DENGAN KERJASAMA CHINA SELARI IMPIAN HAB SERANTAU

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Industri kenderaan elektrik (EV) Malaysia sedang berkembang pesat dengan lebih 100,000 kenderaan berkenaan terjual dan direkodkan.

Neurogine, PIKAP Bekerjasama Dalam Program Penghantaran Wang Rentas Sempadan Pada 2025

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 6 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), yang mewakili agensi pekerjaan asing utama di negara ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Neurogine Sdn Bhd untuk memulakan program pengiriman wang rentas sempadan.

Peranan Minyak Sawit Seperti Wira, Kata Ahli Akademik AS

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kepelbagaian, profil nutrien dan potensi kemampanan minyak sawit menjadikannya sebagai sumber penting, bagaimanapun ia kerap tidak dimanfaatkan, menurut ahli akademik Amerika Syarikat.

Sektor OSV Kekal Positif Susulan Bekalan Terhad - Kenanga

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sektor kapal sokongan luar persisir (OSV) khususnya segmen kapal tongkang kerja penginapan (AWB), dijangka kekal positif berikutan bekalan kapal yang terhad akibat kurang pelaburan selama bertahun-tahun, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

BMI Mengunjurkan Permintaan Gas Asli Global Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions mengunjurkan penggunaan gas asli global akan meningkat dalam tempoh terdekat apabila musim sejuk Hemisfera Utara melanda, disokong oleh permintaan kukuh untuk gas asli cecair (LNG) merentas semua pasaran.

Harga Minyak Sawit Diunjur Antara RM4,000 Hingga RM5,000 Satu Tan Tahun Depan - CPOPC

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 6 Dis (Bernama) -- Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengunjurkan harga minyak sawit berada antara RM4,000 hingga RM5,000 satu tan tahun depan, didorong oleh pengeluaran yang mendatar di pasaran utama, khususnya Indonesia dan Malaysia .

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.

Industri Telekomunikasi Malaysia Digesa Terima Guna Gen-AI Bagi Optimum Operasi - AWS

Daripada Anas Abu Hassan

LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi Malaysia digesa mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan generatif (Gen-AI) dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan dan mengoptimumkan operasi, menurut Amazon Web Services Inc (AWS).

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Penstrukturan Semula BPMB, SME Bank, Exim Bank Selaras Dengan Agenda Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Penstrukturan semula Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) adalah selaras dengan agenda nasional untuk melaksanakan pembaharuan dan memperkukuhkan institusi-institusi milik kerajaan, kata Kementerian Kewangan.

China, Malaysia Perlu Tingkatkan Komunikasi, Penyelarasan Dalam Pelbagai Isu - Duta

SEPANG, 5 Dis (Bernama) -- China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau, menyokong satu sama lain dengan baik, menentang dasar perlindungan serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing. 

Duta Malaysia Saran Syarikat Pacu Masa Depan Mampan Industri Minyak Sawit

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 5 Dis (Bernama) -- Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menggesa syarikat berkaitan kerajaan Malaysia dan perniagaan utama Indonesia memanfaatkan kepakaran kolektif mereka untuk mewujudkan masa depan lebih cerah dalam industri minyak sawit sebagai pemacu ekonomi dan model untuk pembangunan mampan.