23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bulan September pada malam ini.
23hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini susulan pendekatan berhati-hati pelabur yang menjejaskan pasaran di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau, kata seorang penganalisis.
23hari ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) 3REN Bhd (3REN) akan membolehkan kumpulan itu mengembangkan operasi, meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran utama, kata Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
23hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada harga minyak mentah yang pulih dan kenaikan dalam bursa niaga hadapan getah Shanghai, dalam kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terhad akibat cuaca buruk di negara pengeluar, kata peniaga.
23hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Mitsubishi Power Asia Pacific Pte Ltd menyasarkan untuk mengembangkan kepakarannya dalam turbin gas di Asia Tenggara susulan potensi meluas penggunaan gas asli dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencatatkan terbitan sukuk yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini meskipun terbitan sukuk kedaulatan domestik yang rendah pada separuh pertama, kata Moody’s Ratings.
23hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara utama di ASEAN dari segi peralihan tenaga dan grid pintar, dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Trilliant Networks Inc.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam keadaan penurunan harga minyak mentah dan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata penganalisis.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd percaya dengan menaikkan ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) kepada sekitar RM4,500 setan akan memberi manfaat kepada sektor perladangan menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).