Terdapat 3472 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Kekurangan Pemangkin, Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia turun sedikit pada tengah hari ini di tengah-tengah dagangan berhati-hati di pasaran serantau.

MATRADE Sasar Jualan Eksport MIHAS@Dubai Bernilai RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan jualan eksport daripada MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin susulan pelabur memanfaatkan keuntungan berikutan prestasi bercampur-campur di semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal hari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Paras Eksport Lebih Kukuh

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin berikutan kadar eksport yang lebih kukuh dan jangkaan pengeluaran yang lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran kekal berhati-hati terhadap perkembangan geopolitik yang melanda Timur Tengah manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal mendapat sokongan yang baik.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Kekurangan Minat Belian

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup rendah dan diniagakan dalam dagangan terhad hari ini berikutan kekurangan minat belian ketika para pelabur mencerna butiran terperinci Belanjawan 2025, kata seorang penganalisis.

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih, Aliran Masuk RM404.1 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Selepas jualan selama tiga minggu, pelabur asing beralih kepada belian ekuiti domestik, menjana aliran masuk yang ketara sebanyak RM404.1 juta minggu lepas berbanding aliran keluar sebanyak RM45.7 juta dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Ringgit Terus Catat Momentum Positif Untuk Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, meneruskan momentum positif minggu lepas, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Naik Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka naik pada minggu depan, didorong oleh jangkaan persekitaran kadar faedah rendah yang berpanjangan di peringkat global, kata seorang penganalisis.