4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan berikutan pelabur mengalihkan tumpuan kepada jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dengan lebih kukuh, ditutup lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan dalam pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, selain dolar AS yang lebih lemah.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dirangsang oleh jangkaan meluas terhadap pengurangan kadar faedah oleh AS minggu depan.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mencecah paras 1,600 dan ditutup pada paras tertinggi hariannya, meningkat 1.1 peratus berikutan pelabur menjangka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan kadar seawal minggu depan, menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik berdasarkan asas pelarasan mata wang.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd menaikkan sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,650 daripada 1,630 bagi 2025, disokong oleh aliran masuk dana asing baharu ke Asia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunan dan ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX Amerika Syarikat (AS)) yang lemah dan disokong oleh pengukuhan dolar AS.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta mengukuh berbanding mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini, ketika pelabur menunggu pengumuman data penting Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, lewat malam ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Khamis, sejajar dengan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi dicatatkan lemah.
4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, menjelang laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan minggu ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.