Terdapat 3785 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Airbus Helicopters Sasar Pertumbuhan Di Malaysia, Rantau Asia Pasifik

SUBANG JAYA, 19 Nov (Bernama) -- Airbus Helicopters optimistik tentang pertumbuhannya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik menjelang 2025, dipacu oleh meningkatnya permintaan dalam sektor awam dan ketenteraan terutamanya untuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS).

BNM, BIS Pacu inovasi Pembayaran Rentas Sempadan Global Dengan Projek Nexus

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Bank for International Settlements (BIS) dan empat bank pusat lain menggerakkan Projek Nexus untuk meningkatkan keberkesanan sistem pembayaran segera (IPS) bagi transaksi rentas sempadan yang lancar di seluruh dunia.

Kilang Kelapa Sawit Disaran Guna Teknologi AI - Johari

KUALA KANGSAR, 19 Nov (Bernama) -- Kilang-kilang kelapa sawit dalam negara disaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memproses buah sawit kerana dapat mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, telekomunikasi dan media serta perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Lawatan Sulung Ke Brazil Jana Potensi Eksport RM6.8 Bilion - PM Anwar

RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. 

Ringgit Meningkat Berikutan Dolar AS Alami Pembetulan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini berbanding dolar AS yang lemah berikutan Indeks Dolar AS (DXY) mengalami pembetulan, kata penganalisis.

UEM Sunrise Dapat Kelulusan Bina Projek Kediaman Campuran Di Perth

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd telah mendapat kelulusan daripada Development WA, agensi pembangunan dan tanah kerajaan negeri Australia Barat untuk projek kediaman bercampur-campur Subiaco East di Perth.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin, mencerminkan prestasi bercampur-campur mata wang serantau, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.

PDC Jadi Pemangkin Utama Pacu Pertumbuhan Ekonomi Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menjadi pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam tempoh lebih lima dekad penubuhannya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.