6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka berlegar antara RM4.22 dan RM4.24 minggu depan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Rizab Persekutuan AS (fed) dijangka mengekalkan kadar dasarnya, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi ASEAN dan menerusi pelaburan bersama, perkongsian penyelidikan dan perkongsian pengetahuan untuk menjadikan cita-cita serantau menjadi kenyataan, kata Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bosch melantik Darren Chan Chon Hoe sebagai Pengarah Urusan Bosch Malaysia berkuat kuasa 1 Julai, 2025, sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP) Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih utama dalam tempoh separuh pertama 2025, menyumbang aliran masuk terkumpul sebanyak RM21.4 bilion setakat Jun 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) optimis untuk mencapai sasaran 62 juta pergerakan penumpang menjelang akhir tahun ini, satu pencapaian penting yang akan menandakan pemulihannya kepada tahap sebelum pandemik.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- MIMOS Bhd (MIMOS) telah melantik Saat Shukri Embong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 14 Julai, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saliran Group Bhd melantik Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Yong Wai Kin sebagai Pengarah Eksekutif berkuat kuasa hari ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia tumbuh sederhana kira-kira empat peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2025, dengan disokong oleh aktiviti ekonomi yang dilaksanakan lebih awal, sekali gus memberi manfaat kepada sektor luar.
6bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ahli ekonomi mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.5 dan 5.5 peratus pada suku kedua 2025, didorong sebahagiannya oleh peningkatan permintaan eksport terutamanya daripada pengimport Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan terhadap tarif yang akan dikenakan pada Ogos depan.