Terdapat 376 berita berdasarkan kata kunci carian " bank pusat"

BNM Umum Liberalisasi Dasar Pertukaran Asing Bagi Bank Pembangunan Dan Institusi Kewangan Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.

Kadar Jangka Pendek Antara Bank Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

OPR BNM Menandakan Unjuran Positif Untuk Pertumbuhan Pelaburan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini mencerminkan sokongan bank pusat itu terhadap pertumbuhan ekonomi domestik.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Keputusan Pilihan Raya AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya apabila keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mula diperoleh, kata seorang pakar ekonomi.

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Pertumbuhan ASEAN Diunjur Kukuh Pada 4.6 Peratus - IMF

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Jumaat.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pematuhan Dasar Boleh Diterapkan Dalam Transaksi Rentas Sempadan Melalui Projek Mandala

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank for International Settlements (BIS) dan rakan-rakan bank pusat telah berjaya membuktikan melalui Projek Mandala bahawa pematuhan dasar boleh diterapkan dalam protokol transaksi rentas sempadan.

Bursa Malaysia Dijangka Catat Dagangan Berjulat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dalam julat kecil minggu depan berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik, kata penganalisis.

Sentimen Lemah, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.

Pelabur Asing Jadi Pembeli Bersih, Aliran Masuk RM404.1 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Selepas jualan selama tiga minggu, pelabur asing beralih kepada belian ekuiti domestik, menjana aliran masuk yang ketara sebanyak RM404.1 juta minggu lepas berbanding aliran keluar sebanyak RM45.7 juta dicatatkan pada minggu sebelumnya.