BERITA TERKINI   Angkatan Tentera Malaysia akan memudah cara mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan Thailand–Kemboja dari 4 hingga 7 Ogos | Sultan Ibrahim lakar sejarah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama lakukan Lawatan Negara ke Rusia - Istana Negara | 

Terdapat 488 berita berdasarkan kata kunci carian " januari "

Pemeteraian Perjanjian JS-SEZ Bersama Kerajaan Singapura Tangguh Kepada Januari Depan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan perjanjian yang akan dimeterai bersama kerajaan Singapura mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada 9 Disember ini ditangguhkan kepada Januari 2025.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi hari ini didorong sentimen pelabur yang berhati-hati kerana mereka menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) minggu depan, sebelum memilih hala tuju pasaran.

Malaysia, Indonesia Tingkat Eksport Halal Seiring Pertumbuhan Perdagangan Dua Hala

JAKARTA, 3 Dis (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia bersama agensi-agensi utama kerajaan berusaha memperkukuh eksport produk halal ke Indonesia dengan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara dijangka mencecah US$25 bilion (US$1=RM4.45) hingga US$26 bilion tahun ini.

IPG Bagi Pekebun Kecil Tidak Teraktif Bagi November 2024 - LGM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi November 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Niaga Hadapan Emas Berlegar Dalam Julat Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam julat kecil pada minggu depan iaitu dalam lingkungan harga semasanya, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Banjir Pantai Timur, Simpanan Stok Rendah Tingkatkan Niaga Hadapan MSM Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan banjir yang semakin buruk di Pantai Timur.

Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Banjir Di Pantai Timur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan kukuh yang berterusan bagi hari keempat untuk ditutup tinggi pada Khamis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah 

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah, walaupun terdapat momentum positif dalam pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

AFA Sasar Pertumbuhan Tahunan Sehingga Tiga Peratus Dipacu Projek Infrastruktur Strategik

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) menyasarkan pertumbuhan hasil tahunan sebanyak dua hingga tiga peratus, didorong oleh projek infrastruktur strategik dan struktur operasi disatukan yang bertujuan untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan Malaysia.

Tropicana Catat Kerugian Bersih RM454.93 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melonjak kepada RM454.93 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM10.34 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, kata seorang peniaga.