Terdapat 3870 berita berdasarkan kata kunci carian " us"

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia Perlu Utama Rakyat, Perdagangan Intra-ASEAN, Kata Pakar

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Memandangkan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun depan, ia sewajarnya menumpukan pada pelaksanaan lebih banyak langkah berpaksikan rakyat dan perdagangan intra-ASEAN, kata pakar.

Inisiatif Belanjawan 2025 Bantu Tarik Pelaburan Berkualiti, Jadikan Malaysia Destinasi Pilihan -- MIDA

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 membolehkan Malaysia menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi, inovatif dan mampan yang seterusnya menjadikan negara destinasi pelaburan terpilih di rantau Asia Tenggara.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit disebabkan kebimbangan berterusan terhadap ketegangan geopolitik yang semakin meningkat, ketidaktentuan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) serta kadar pemotongan faedah AS yang lebih perlahan, kata penganalisis.

MATRADE Komited Perkukuh Perdagangan Luar Negara Melalui Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.

Peruntukan RM900 Juta Beri Manfaat Untuk Pembeli Rumah Pertama - PropertyGuru

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Cadangan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM900 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat menerusi Belanjawan 2025, mampu menangani keperluan kritikal terhadap pilihan perumahan mampu milik di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

Eksport Oleokimia Sawit Ke China Meningkat 1.4 Kali Ganda Dalam Tempoh Sedekad - Johari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.

EXIM Bank, GTC Memeterai Perjanjian US$19.97 Juta Untuk Tingkat Telekomunikasi Kemboja

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeterai perjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).

Sentosa Jaya Capital Lancar Platform Saham2u, Revolusi Pembiayaan Pelaburan Atas Talian

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Belanjawan 2025 Letak Malaysia Sebagai Peneraju Serantau Dalam Inovasi AI - MyDigital Corp

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi dipacu kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup, kata MyDIGITAL Corporation (MyDIGITAL Corp).

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$119.6 Bilion Pada 15 Okt 2024

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$119.6 bilion pada 15 Okt, 2024 berbanding dengan US$119.7 bilion pada 30 Sept, 2024.

Gamuda Raih Kontrak Bernilai RM4.3 Bilion untuk Projek MRT Xizhi Donghu Di Taiwan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Gamuda Bhd, bersama dengan dua syarikat berpangkalan di Taiwan, MiTAC Information Technology Corp dan Dong Pi Co, Ltd, meraih kontrak reka bentuk dan pembinaan siap guna bernilai RM4.3 bilion untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Xizhi Donghu di Taiwan.