BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 295 berita berdasarkan kata kunci carian " april 2025 "

Tujuh Negeri Catat Pertumbuhan Dagangan Positif, Sumbang RM219.4 Bilion Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Jumlah dagangan bagi tujuh negeri mencatat pertumbuhan positif iaitu mencecah RM219.4 bilion pada April 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Turun 3.4 Peratus Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, terus menurun 3.4 peratus pada April 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

TIV Sektor Automotif Malaysia Susut 16.8 Peratus Pada April Kepada 60,527 Unit - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 16.8 peratus kepada 60,527 unit pada April berbanding Mac, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Yang Lebih Kukuh

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang semakin reda, kata pedagang minyak sawit, David Ng.

Perubahan Tarif AS-China Mungkin Beri Kesan Kepada Pengeluar Sarung Tangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sebarang perubahan tarif terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan Malaysia dan menangguhkan keputusan pembelian berikutan ketidaktentuan yang berterusan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Ringgit Dijangka Terus Lemah Minggu Depan Dalam Persekitaran Keyakinan Rundingan Dagangan AS-China

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka terus lemah dalam tempoh terdekat, didorong oleh sentimen pasaran yang optimis terhadap kemungkinan tercapainya rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dan mungkin dengan negara-negara lain dalam tempoh penangguhan 90 hari ini.  

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM1 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bank Rakyat berjaya menerbitkan RM1 bilion Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Indeks Harga Pasir Meningkat Sehingga 3.8 Peratus Pada April - DOSM

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal pada Jumaat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Pertikaian Tarif Antara AS, China

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah permintaan lemah terhadap logam berharga itu, berikutan perselisihan tarif yang berlanjutan antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus menjejaskan sentimen.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini meskipun sentimen pasaran yang bertambah baik apabila kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan kelihatan mula mereda.