18hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Zoho Corporation, syarikat teknologi global membuka pejabatnya di Subang Jaya, Selangor, bagi memperkukuh komitmennya kepada pelanggan serantau dan menyokong aspirasi transformasi digital Malaysia.
19hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Malton Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Benling Vehicle Technology Co Ltd (BENLG) dari China untuk menerokai penubuhan kilang pemasangan tempatan dan sistem pengedaran motosikal elektrik di Malaysia.
20hari ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
21hari ago
CHENNAI, 25 Jan (Bernama) -- ManageEngine yang juga unit teknologi maklumat (IT) Zoho Corporation, merancang untuk membuka sebuah pusat data di rantau ASEAN pada tahun ini.
22hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.
23hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Negara-negara ASEAN berpotensi menghasilkan 8.5 juta tong bahan api penerbangan mampan (SAF) sehari menjelang 2050 selaras dengan keperluan mendesak untuk menyahkarbon sektor penerbangan, dengan Malaysia, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand mempunyai bahan mentah yang banyak untuk menyokong pengeluaran SAF.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penarafan Tadbir Urus Korporat (CG) yang dinilai secara bebas bagi Syarikat Senaraian Awam (PLC) di Pasaran Utama dan Pasaran ACE kini diterbitkan di platform MyBURSA.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025, mewakili 25.6 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.775 trilion bagi tempoh yang sama pada 2024.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 dijangka berkembang 4.0 peratus pada tahun 2026, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).