4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 5.1 peratus berbanding dolar AS pada suku kedua 2025, yang sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan dolar AS secara meluas, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4bulan ago
KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal khususnya untuk mengawal selia e-dagang bagi memastikan ia lebih tersusun dan efektif di peringkat nasional.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd bercadang untuk mengambil alih 12.8 peratus kepentingan tidak langsung dalam Mutiara Perlis Sdn Bhd pada harga RM40 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia terus menyusut kepada 1.1 peratus pada Jun 2025 daripada 1.2 peratus yang disaksikan pada Mei lepas, manakala inflasi teras kekal pada 1.8 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
5bulan ago
Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka melonjakkan bahagian Johor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melebihi 12 peratus menjelang 2023, sekiranya pelaburan yang dirancang menjadi kenyataan mengikut pelan, kata CIMB Investment Bank Bhd.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Taiwan boleh memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam tiga bidang utama iaitu kecerdasan buatan (AI), kelestarian hijau dan penjagaan kesihatan pintar.