Terdapat 773 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah "

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki pasaran serantau yang lemah dan penurunan prestasi semalaman Wall Street. 

Ringgit Kekalkan Aliran Meningkat, Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ringgit mengekalkan aliran meningkat, dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih baik dalam ekonomi Malaysia dan ketegangan perdagangan yang mereda menyokong mata wang tempatan.

Asia Pasifik Mesti Terima Pakai Peralihan Tenaga Sebagai Strategi Pertumbuhan Ekonomi – IATA

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 15 Dis (Bernama) -- Kerajaan di Asia Pasifik perlu menganggap peralihan tenaga, termasuk pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF), sebagai satu strategi pertumbuhan ekonomi dan bukannya isu khusus untuk sektor penerbangan, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ekonomi Negara Terus Berkembang Pada 2025 Walaupun Berdepan Cabaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Malaysia memasuki tahun 2025 dalam keadaan kekangan fiskal, pembaharuan subsidi, perdagangan global tidak menentu dan ringgit yang rendah tetapi ekonomi negara terus berkembang walaupun prospek secara keseluruhannya kekal berhati-hati.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Kukuh Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, berikutan minat berterusan pelabur terhadap aset selamat susulan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah bagi kali ketiga tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Dalam Dua Bulan Seiring Sentimen Positif Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Pelabur Jangka Kadar Faedah AS Turun Lagi Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah selanjutnya tahun depan yang menjadikan aset selamat itu lebih menarik kepada pelabur.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari Dipacu Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.

Ringgit Terus Mengukuh Pada Sesi Awal Susulan Data AS Lemah, Kadar Faedah Turun

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Fed Mengurangkan Kadar

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. 

Ringgit Melonjak Kepada 4.10 Berbanding Dolar AS, Tertinggi Dalam Tempoh Empat Tahun Setengah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup dengan melonjak kepada paras 4.10 berbanding dolar AS pada Khamis, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun dan enam bulan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini, yang menjejaskan dolar AS.