Terdapat 78 berita berdasarkan kata kunci carian " kedudukan kewangan"

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

Sektor Awam Kekal Sebagai Pemangkin Pertumbuhan Di Bawah RMK-13 - MOF

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Entiti sektor awam akan kekal sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan dan terangkum berpandukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026 - 2030.

DGB Asia Cadang Pengurangan Modal Sebanyak RM197 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DGB Asia Bhd, sebuah syarikat penyelesaian perisian dan kejuruteraan mencadangkan untuk melaksanakan langkah pengurangan modal melalui pembatalan modal saham terbitannya yang susut dan tidak diwakili oleh aset sedia ada sebanyak RM197 juta.

Tindakan Berhemah Kerajaan Berhubung Subsidi RON95 Dorong Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh sentimen pasaran yang positif berikutan langkah rasionalisasi subsidi RON95 yang dilaksanakan secara berhemah oleh kerajaan.

Kenaikan Kadar Pemberian Geran Per Kapita Beri Implikasi Kewangan RM547.6 Juta Pada 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, Sept 9 (Bernama) -- Kenaikan pemberian mengikut bilangan orang sebanyak 25 peratus atau RM109.2 juta kepada kerajaan negeri memberi implikasi kewangan berjumlah RM547.6 juta kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan persekutuan pada 2026, menurut Kementerian Kewangan. 

Kesan Keseluruhan Pelaksanaan SST Ke Atas Isi Rumah Dianggarkan Rendah, Terkawal - Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Kesan keseluruhan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas isi rumah dianggarkan rendah dan terkawal, berdasarkan unjuran awal Kementerian Kewangan (MOF), kata Timbalan Menterinya Lim Hui Ying.

LHDN Bayar Balik Lebihan Cukai RM9.35 Bilion Kepada Tiga Juta Pembayar Cukai - MOF

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF). 

Pembelian Pesawat Boeing Bernilai US$9.5 Bilion Tidak Jejas Hutang Negara - MOF

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pembelian pesawat Boeing bernilai US$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan tahap hutang negara serta memberi impak kepada defisit fiskal Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Suntikan Baharu RM116.7 Juta Beri Rangsangan Mudah Tunai Kepada DNB - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Suntikan modal baharu berjumlah RM116.7 juta daripada setiap pemegang saham pengendali rangkaian mudah alih (MNO) Digital Nasional Bhd (DNB) memberikan rangsangan mudah tunai jangka masa pendek kepada syarikat itu, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.65 Trilion Setakat Akhir Mac 2025 -- Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Anak Syarikat MMAG Beli Pesawat Kargo Boeing 737-800BCF Pada Harga US$25.9 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, MMAG SkyAssets Ltd telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli pesawat untuk membeli sebuah pesawat kargo Boeing 737-800BCF pada harga tunai US$25.9 juta (RM109.85 juta).

Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas.