Terdapat 74 berita berdasarkan kata kunci carian " kontena"

Tubuh Kementerian Pengangkutan Penuh Pacu Pembaharuan Logistik Sabah - Pakar

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 25 Jun (Bernama) -- Pakar pengangkutan dan logistik menggesa kerajaan Sabah mewujudkan Kementerian Pengangkutan penuh untuk melaksanakan pembaharuan institusi dan perancangan strategik jangka masa panjang.

MBINS Dan SD Guthrie Meterai Usaha Sama Bangun Zon Bebas Port Dickson

SEREMBAN, 24 Jun (Bernama) -- SD Guthrie Bhd dan Menteri Besar Negeri Sembilan Permerbadanan (MBINS) akan menjalin kerjasama membangunkan Zon Bebas Port Dickson (PDFZ) di Pasir Panjang, Port Dickson dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion.

Pelabuhan Tianjin Mahu Berkembang Ke Asia Tenggara, Sasar 3.2 Juta TEU

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

TIANJIN, 24 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025. 

Penang Port Labur RM37 Juta Beli Empat Kren RTG Hibrid Bagi Tingkat Kecekapan Operasi

GEORGE TOWN, 23 Jun (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) telah melabur sebanyak US$7.88 juta (RM37 juta) dalam memperoleh empat kren gantri tayar getah (RTG) hibrid baharu daripada Mitsui E & S Co Ltd, Jepun, bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menggalakkan kemampanan alam sekitar.

Kedah Catat Pelaburan RM4.2 Bilion Bagi Suku Pertama Tahun Ini

ALOR SETAR, 22 Jun (Bernama) -- Kedah merekodkan jumlah pelaburan RM4.2 bilion bagi tempoh suku pertama tahun ini dan dijangka menjana lebih 1,400 peluang pekerjaan.

Kadar Tarif Pelabuhan Klang Masih Kekal Kompetitif Di Rantau Ini

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) hari ini menjelaskan bahawa kadar tarifnya akan kekal antara yang paling kompetitif di rantau ini.

PTP Catat Kendalian Kontena 1.27 Juta TEU Pada Mei, Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Bulan

ISKANDAR PUTERI, 5 Jun (Bernama) -- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan satu lagi pencapaian penting pada Mei apabila mengendalikan kontena berjumlah 1.27 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) iaitu pencapaian tertinggi baharu bagi bulan ketiga berturut-turut.

Amir Hamzah Lawat Depot Kastam Darat Bukit Kayu Hitam & Zon Perdagangan Bebas

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.

Produk Ameen Tembusi Pasaran Afrika, Eksport Tujuh Perisa Minuman

TELUK INTAN, 4 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk minuman jenama Ameen, Ameen Products Sdn Bhd berjaya menembusi pasaran benua Afrika apabila menerima tempahan pertama untuk mengeksport tujuh perisa produk minuman tersebut ke negara Mali.

Kilang Proses Nanas Berskala Besar Bakal Dibina Di Tanjung Manis

SIBU, 26 Mei (Bernama) -- Sebuah kilang berskala besar bagi memproses dan mengeluarkan produk nanas dalam tin bagi tujuan eksport bakal dibina di Tanjung Manis, Bahagian Mukah dan ia dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

Mutiara Perlis Labur RM17 Juta Dalam Peralatan Kalmar Untuk Pacu Kapasiti Pelabuhan

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Mutiara Perlis Sdn Bhd melabur RM17 juta untuk memperoleh 15 jentera pengendali kontena Kalmar bagi melengkapi Perlis Inland Port (PIP) melalui rakan kongsinya, Mach 1 Group.

Penang Port Dan BKH ICD Bekerjasama Rangsang Perdagangan Rentas Sempadan Di Utara

GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Bukit Kayu Hitam ICD Sdn Bhd (BKH ICD) dan Penang Port Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membentuk perkongsian strategik yang mensasarkan peningkatan kecekapan serta ketersambungan ekosistem perdagangan di utara Malaysia.