Terdapat 1738 berita berdasarkan kata kunci carian " lima"

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.

Mesyuarat FOMC AS Dijangka Pengaruhi Dagangan Ringgit Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadual diadakan pada 16 dan 17 Jun dijangka mendorong ringgit diniagakan secara berhati-hati minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur akan memantau perkembangan terbaharu konflik di Asia Barat.

TMK Chemical Cadang Beli Pegangan Ekuiti Dalam CCM Daripada Batu Kawan Pada RM920 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- TMK Chemical Bhd bercadang untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), tidak termasuk aset tertentu, daripada Batu Kawan Bhd (BKB) pada harga pembelian indikatif RM920 juta.

Danantara Raih US$1.5 Bilion Melalui terbitan Bon Global Pertama

JAKARTA, 12 Jun (Bernama) -- Dana kekayaan negara Indonesia, Danantara Indonesia mengumpul dana sebanyak US$1.5 bilion (US$1 = RM4.05) melalui penawaran bon antarabangsa pertamanya, menarik permintaan kira-kira US$4.6 bilion, lebih tiga kali ganda daripada jumlah terbitan.

Pasaran Getah Terus Naik Berikutan Pengukuhan Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan momentum menaiknya untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini, dirangsang oleh keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesesakan bekalan berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.

Galatek Buka Kemudahan Di Pulau Pinang, Sedia Pelaburan Komited US$100 Juta

BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Galatek Technologies (Galatek) membuka kemudahan pembuatan, pemasangan serta penghantarannya di Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran maju.

Kenanga IB Naikkan Unjuran Harga MSM 2026 Sebanyak Empat Peratus Kepada RM4,400 Setan

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun penuh 2026 sebanyak empat peratus kepada RM4,400 setan daripada RM4,250 setan sebelum ini dengan mengambil kira fenomena El Niño.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Peningkatan Selera Risiko

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif hari ini apabila selera risiko pelabur bertambah baik susulan pemulihan kukuh Wall Street semalaman.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.

APIRC Sasar Bangunkan 12 PKS Tempatan, Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion Menjelang 2030

GEORGE TOWN, 10 Jun (Bernama) -- Sebanyak 12 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan disasarkan dibangunkan dalam ekosistem pembungkusan termaju dan menarik pelaburan baharu bernilai RM8.5 bilion menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Ketika Isyarat Pasaran Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.04 peratus ketika awal dagangan pada Rabu dalam persekitaran sentimen pasaran global yang berhati-hati walaupun harga minyak mentah menyusut dan ketiadaan pemangkin tempatan.