Terdapat 71 berita berdasarkan kata kunci carian " penerokaan"

Kerajaan Bangunkan Dasar, Teroka Platform Pemerdagangan Kredit Karbon Biru

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru sebagai langkah memperkasa ekonomi biru negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BNM Akan Keluarkan Draf Pendedahan Kewangan Terbuka, Muktamadkan Dasar Menjelang Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka tidak lama lagi dan memuktamadkan dasar itu menjelang tahun depan, dengan fasa pertama akan dilaksanakan secara interim, tertakluk kepada kesediaan industri dan orang awam.

Keputusan Dan Penilaian Semula Aset Huluan Diserah Sepenuhnya Kepada Petronas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sebarang keputusan dan penilaian semula aset huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diserahkan sepenuhnya kepada syarikat minyak nasional itu tanpa campur tangan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MATRADE Sokong Sasaran Eksport RM2.09 Trilion Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyokong sasaran pertumbuhan eksport kasar negara pada kadar purata 5.8 peratus setahun, dengan matlamat mencapai RM2.09 trilion menjelang 2030. 

Malaysia Tidak Akan Tunduk Kepada Tekanan Luar Yang Jejaskan Dasar Negara - PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada tekanan yang akan menjejaskan dasar negara termasuk rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif.

Sabah Ambil Alih Ekuiti 25 Peratus Dalam Kemudahan ZLNG Petronas - Hajiji

KOTA KINABALU, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah, melalui SMJ Energy Sdn Bhd menandatangani perjanjian induk (HoA) dengan Petronas LNG Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan ekuiti sebanyak 25 peratus dalam kemudahan gas asli cecair terapung berhampiran pantai (ZLNG) bernilai US$3.1 bilion (RM13.17 bilion) di Sipitang.

Malaysia, Itali Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dengan Tumpuan Kepada Peralihan Tenaga

Daripada Arul Rajoo Durar Raj

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Itali bersetuju untuk mempertingkat hubungan ekonomi yang telah lama terjalin, dengan tumpuan kepada peralihan tenaga yang turut menarik minat Jepun dan Indonesia.

TPM Fadillah Akhiri Lawatan Ke Uzbekistan & Rusia, Program Nuklear Berpotensi Digiatkan Semula 

Daripada Siti Radziah Hamzah

MOSCOW, 28 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menamatkan lawatan kerja beliau selama lapan hari ke Uzbekistan dan Rusia, menandakan detik penting dalam usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh perkongsian strategik antarabangsa.

Kehadiran, Pelaburan Syarikat Global Utama Jamin Kemampanan Tenaga Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti syarikat minyak terkemuka Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara. 

Petronas, Eni Dari Itali Meterai Usaha Sama Teroka Kerjasama Sektor Huluan Serantau

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai Perjanjian Rangka Kerja Usaha Sama (JVFA) dengan syarikat tenaga dari Itali, Eni, bagi meneruskan perbincangan dan penilaian ke arah penubuhan sebuah syarikat usaha sama serantau dalam sektor huluan. 

Petronas Bakal Guna AI Bagi Sokong Operasi Huluan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong operasi huluannya, terutamanya dalam pengeluaran minyak dan gas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik. 

Jepun, Malaysia Sedia Cipta Ekosistem Angkasa Lestari Bersama Bagi Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.