Terdapat 114 berita berdasarkan kata kunci carian " penstrukturan"

Bursa Tolak Permohonan Ivory Properties Lanjut Masa Kemuka Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bursa Malaysia Naik 70 Mata Sehingga Hari Ini Sejak Pembentangan RMK13 - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 70 mata sehingga hari ini sejak Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Johor Plantations Terbit Suku Wakalah Kelestarian-IMTN Bernilai RM200 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd (JPG) telah menerbitkan Siri Kedua Sukuk Wakalah-Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN), Sukuk Wakalah Kelestarian-IMTN pertamanya bernilai RM200 juta dalam nilai nominal di bawah program IMTN tersebut.

KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan RM38.92 Bilion Bagi Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.

Classita Lantik Razarudin Husain Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta.

Cadangan Bayaran Pencen KWSP Secara Bulanan Tidak Jejas Hak Pengeluaran Ahli Sedia Ada - MOF

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Cadangan pelaksanaan bayaran pencen secara bulanan bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tidak akan menjejaskan hak pengeluaran ahli sedia ada.

Felda Kini Kuasai 92 Peratus Saham FGV, Peneroka Bakal Nikmati Untung - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Ogos -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini menguasai sebanyak 92 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), sekali gus membuka laluan kepada pemilikan penuh serta penstrukturan semula syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Petronas Tubuh Majlis Peralihan, Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Susulan Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan Majlis Peralihan dan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan bertujuan menyelaras penempatan semula kakitangan secara adil dan berstruktur susulan penstrukturan semula organisasi itu.

Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.65 Trilion Setakat Akhir Mac 2025 -- Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter, Beri Manfaat 18 Juta Pemandu Kereta Dan Penunggang Motosikal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga RON95 akan diturunkan susulan rancangan penyasaran subsidi bahan api itu, sekali gus memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas.

Penganalisis Unjur Kadar Inflasi Malaysia 2.0-2.2 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

MAHB Naik Taraf KLIA T1 Dengan Pelaburan RM30 Juta Bagi Pertingkat Pengalaman Pelanggan

SEPANG, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melabur sebanyak RM30 juta pada separuh pertama 2025 untuk menambah baik pengalaman menyeluruh penumpang dan kecekapan operasi di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).