Terdapat 47 berita berdasarkan kata kunci carian " pertumbuhan pinjaman"

Inflasi Keseluruhan Turun Kepada 1.4 Peratus, Teras Stabil Pada Mac - BNM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Maybank IB Turunkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Kepada 4.3 Peratus Susulan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 negara kepada 4.3 peratus daripada 4.9 peratus dan kepada 4.0 peratus daripada 4.6 peratus bagi 2026.

Pertumbuhan Pembiayaan Islam Kekal Stabil Pada 8.0 Peratus Bagi 2025 - RAM Ratings

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.

Pertumbuhan Deposit Bank Perlahan Kepada Tiga Peratus Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.

RAM Ratings Kekal Prospek Stabil Terhadap Sektor Perbankan Malaysia Bagi 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan prospek stabil terhadap sektor perbankan Malaysia pada 2025 meskipun terdapat tekanan luaran.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Dalam Persekitaran Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Susut Di Bawah Paras 1,500

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia terus menyusut dalam sesi dagangan awalnya pada Rabu, menjejaki penurunan ketara dialami Wall Street serta pasaran serantau ketika ketidaktentuan ekonomi terus menjejaskan sentimen pelabur.

Tekanan Jualan Asak Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Selasa susulan aktiviti jualan ketara membabitkan saham-saham bermodal rendah yang mengheret turun pasaran secara meluas.

Majoriti Bank Tempatan Dapat Penarafan ESG Melebihi Penanda Aras Purata

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Majoriti bank Malaysia mendapat penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang melebihi penanda aras purata, selaras dengan piawaian antarabangsa dan menyaingi bank-bank Singapura, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, produk dan perkhidmatan pengguna serta pengangkutan dan logistik.

Untung Bersih Suku Ketiga Alliance Bank Naik Kepada RM186.67 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.

Maybank Unjur KDNK Malaysia Pada 4.9 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).