9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ketahanan permintaan domestik serta tekanan inflasi yang masih terkawal dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 2.75 peratus sepanjang 2026, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang serantau pada Selasa, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik dalam ketegangan geopolitik yang mereda di Asia Barat.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu terus memperkukuh disiplin fiskal, menambah baik penyampaian perkhidmatan awam, menyokong perniagaan, melindungi rakyat dan meletakkan negara pada kedudukan untuk meraih pelaburan dan pertumbuhan bernilai lebih tinggi, kata Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.06 peratus meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.
11hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan minyak soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
11hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila data pasaran buruh AS yang lebih kukuh daripada jangkaan menguatkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan dasar monetari yang ketat, kata ahli ekonomi.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS pada dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh selepas data pasaran tenaga kerja AS lebih baik daripada jangkaan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan secara mendatar dengan sedikit kecenderungan menurun minggu depan, di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan, terutamanya perkembangan di Asia Barat dan keadaan cuaca di beberapa rantau pengeluar getah utama.
13hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.02 dan RM4.04 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur terus berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang sedang berlaku.