Terdapat 159 berita berdasarkan kata kunci carian " sarung tangan"

Belanjawan 2026: Top Glove Harap Bayaran Balik Cukai Dipercepat Bagi Ringankan Aliran Tunai

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.

Top Glove Kembali Untung Dengan Keuntungan Bersih RM109 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM109.07 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2025 daripada kerugian bersih sebanyak RM64.88 juta pada tahun sebelumnya.

Pengeluaran Getah Asli Susut 12.8 Peratus Pada Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Belanjawan 2026: MARGMA Rayu Bantuan Kewangan Segera, Sokongan Modal Insan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) mengharapkan Belanjawan 2026 dapat menyediakan bantuan kewangan segera, sokongan penting untuk modal insan serta tumpuan strategik terhadap penentududukan pasaran bagi industri sarung tangan getah.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Mendatar Berikutan Kekurangan Permintaan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar minggu depan berikutan kekurangan permintaan terhadap komoditi, termasuk getah, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Dijangka Alami Tekanan Bagi Kenaikan Harga Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pasaran getah dijangka mengalami asakan bagi peningkatan harga minggu depan susulan kekangan bekalan dan permintaan kukuh terus mempengaruhi sentimen pasaran, menurut Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pasaran Getah Malaysia Bakal Alami Dagangan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan memandangkan para peniaga masih menilai situasi pasaran global.

Pengeluaran Getah Asli Meningkat 36.7 Peratus Pada Julai - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pasaran Getah Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Dagangan di pasaran getah Malaysia dijangka mendatar dengan kecenderungan meningkat minggu depan, susulan keadaan cuaca melampau dan banjir di beberapa negara.

RMK13: Pembuatan Bernilai Tinggi Penting Untuk Kekalkan Kedudukan Malaysia Sebagai Pengeksport Sarung Tangan Teratas - MARGMA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kepimpinan global Malaysia dalam eksport sarung tangan getah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bergantung pada penekanan yang berterusan terhadap pembaharuan pembuatan, pendigitalan, kemampanan dan pasaran buruh bernilai tinggi.

Nilai Eksport Sarung Tangan Getah Cecah RM6 Bilion Dalam Lima Bulan Pertama 2025 - Johari

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport sektor sarung tangan getah Malaysia mencecah RM6 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pengecualian Cukai Produk Pertanian AS Dimuktamadkan Atas Kepentingan Bersama - Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pengecualian cukai jualan ke atas produk pertanian yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) merupakan hasil perundingan tarif yang dimuktamadkan berdasarkan kepentingan bersama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.