13hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
14hari ago
JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Krisis di Asia Barat menjadi peringatan kepada negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, mengenai keperluan memperkukuh dan mempelbagaikan keselamatan tenaga serta kerjasama dalam perdagangan dan rantaian bekalan.
14hari ago
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Malaysia kekal optimistik dengan prospek pertumbuhan 2026 meskipun ketidaktentuan isu geopolitik global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka terus mendapat sokongan yang baik minggu depan, disokong oleh kebimbangan mengenai inflasi berikutan harga minyak diunjurkan kekal tinggi.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
17hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Industri pembuatan plastik negara dijangka terus mengalami ketidaktentuan dalam jangka masa pendek hingga sederhana berikutan krisis di Asia Barat, menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA).
18hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh keyakinan bahawa rundingan pusingan kedua AS-Iran dapat mengurangkan ketegangan di sepanjang laluan perairan minyak global utama.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini, meningkat kepada paras 3.94 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen yang bertambah baik terhadap jangkaan kemajuan diplomatik susulan laporan kemungkinan rundingan pusingan kedua AS-Iran.
19hari ago
PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- Permintaan terhadap minyak sawit dijangka terus meningkat daripada negara pengimport tradisional komoditi itu seperti China dan India dipacu oleh ketidaktentuan geopolitik global serta keperluan keterjaminan tenaga dan makanan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.