15hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), dilihat bakal meneruskan misi memacu pertumbuhan sektor agrikomoditi negara ke arah lebih mampan.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan bertukar portfolio daripada Menteri Perladangan dan Komoditi, sebelum ini.
15hari ago
BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.
16hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan permintaan yang lemah dan pengeluaran pula meningkat.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) menawarkan 20 pakej insentif mulai tahun depan, termasuk geran bernilai sehingga RM30,000 bagi setiap penyertaan dalam pameran perdagangan untuk meneroka pasaran membangun seperti Timur Tengah dan Eropah Timur.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Malaysia dijangka mampu menghasilkan satu juta tan metrik bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang 2028, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
18hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka bergerak mendatar dengan kecenderungan menaik dari segi permintaan dan harga minggu depan, didorong oleh musim tengkujuh dan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah utama, menurut pakar industri Denis Low.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor agrikomoditi menyumbang sebanyak RM165.0 bilion atau 12.5 peratus kepada jumlah eksport negara dari Januari hingga Oktober 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit berada pada kedudukan yang baik untuk menembusi pasaran karbon, selepas menerapkan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran merentasi rantaian nilainya, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani
21hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal 3.0 peratus pada 2025 dan 2026, disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta pengambilan pekerja berterusan dalam sektor perkhidmatan berorientasi domestik, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan telah mengumpul input berkaitan untuk digunapakai di dalam Dokumen Strategi Nasional Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) melalui beberapa siri bengkel dan perbincangan bersama pihak industri dan pemegang taruh.
22hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, sekali gus menampung semula kejatuhan pada awal dagangan berikutan pengukuhan harga minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.