Terdapat 915 berita berdasarkan kata kunci carian " dili"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Kadar Faedah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan ketidaktentuan mengenai potensi penurunan kadar faedah.

RMK13 Akan Perkukuh Usaha Negara Bangunkan Sektor Ekonomi Bernilai Tinggi - Alliance Bank

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd optimis Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang akan dibentangkan pada Khamis, akan memperkukuh usaha negara untuk membangunkan sektor ekonomi bernilai tinggi dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pengembangan sektor perbankan.

Penurunan Pendapatan KWSP Atas Faktor Pasaran Ekuiti Lemah - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Intra Hari

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.

Tubuh Kementerian Baharu Atau Agensi Pusat Pantau Pelaksanaan RMK-13 – Ahli Akademik.

Oleh Anas Abu Hassan & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penubuhan sebuah kementerian atau agensi pusat untuk memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mampu menjadi pemangkin kepada pembaharuan menyeluruh kerajaan, kata seorang ahli akademik..

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.

Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.65 Trilion Setakat Akhir Mac 2025 -- Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Ringgit Ditutup Rendah Daripada Dolar AS Susulan BNM Semak Semula Unjuran KDNK

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen peniaga yang terjejas berikutan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tahun ini.

Dua Syarikat Bumiputera Disasar Tersenarai Di Bursa Malaysia Menjelang Akhir Tahun - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya dua syarikat Bumiputera akan tersenarai di Bursa Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Ringgit Mengukuh Dalam Sentimen Perdagangan Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini dalam sentimen berhati-hati berikutan peniaga menantikan kejelasan mengenai kemungkinan lanjutan gencatan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.

Seramai 220 Usahawan Felda Akan Sertai Karnival Mega 3 Dimensi

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 220 usahawan dari kalangan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyertai Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Kelestarian Nadi Penggerak Tioman

TIOMAN, 26 Julai (Bernama) -- Di Pulau Tioman, kelestarian tidak dilihat sebagai satu perbelanjaan. Ia dianggap sebagai satu pelaburan.